Memahami Ruqyah

APA ITU RUQYAH?
            Ruqyah adalah jampian, yang secara maknanya bererti sistem pengubatan dengan menggunakan jampi-jampi yang dibacakan kepada seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir dan penyakit lainnnya. Metode Ruqyah sudah ada sejak zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW diutus sebagai Rasul. Kemudian datang cahaya Islam yang memberikan perubahan terhadap ruqyah yang dilakukan sejak dari zaman jahiliah lagi.
           
            Dari sisi etomologi, ruqyah bererti permohonan perlindungan, atau ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibacakan kepada orang yang sakit. Sedangkan menurut terminologi syariat, ruqyah bererti bacaan-bacaan untuk pengubatan yang syar’i (berdasarkan nas-nas yang  shahih yang terdapat dalam Al Quran dan As Sunnah) sesuai dengan  tata cara yang telah disepakati oleh ulama. Ruqyah dinamakan juga dengan ‘Azaa’im (bentuk plural dari ‘Aziimah, yang dikenal dalam bahasa Melayu dengan azimat-azimat). Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin menjelaskan:” Ruqyah dinamakan juga dengan ‘Azaa’im kerana orang yang membacanya meyakininya, serta lahir pada dirinya kekuatan penolakan (terhadap penyakit/bahaya) ketika membacanya”.

Ruqyah secara umum terbahagi kepada dua bahagian:

A.    Ruqyah Syirkiyah
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Ruqyah (Jampian),Tangkal dan Guna-Guna adalah Syirik”.(HR. Ahmad dan Abu Dawud). Dengan demikian secara umum ruqyah-ruqyah adalah syirik. Mentera atau jampian yang dipakai para dukun atau orang yang mengaku pintar sebenarnya ruqyah juga, namun banyak sekali terdapat unsur syirik.

Adapun Ruqyah yang Syirkiyah adalah ruqyah dengan memohon bantuan kepada selain Allah atau memohon kepada Allah sekaligus juga memohon kepada yang lain. Bacaannya pun tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya, meskipun kadang-kadang caranya mirip dengan ruqyah syar’iyah . Misalnya Al Quran dibaca dari huruf yang terakhir (dibolak balik), atau membaca mentera-mentara dengan mengagungkan syaitan atau jampi-jampi buatan seseorang dengan bahasa tertentu.

Amalan syiriknya biasanya dengan syarat-syarat yang tidak pernah diajarkan dan dibenarkan Islam seperti puasa syarat,pengorbanan,mandi kembang atau memakai hal-hal yang dianggap magik. Perkataan-perkataan dalam jampian/ruqyah syirik biasanya yang jelas sekali dengan menyebut orang yang sudah meninggal atau nama jin dan sebagainya.

Ini semua metode yang bid’ah bahkan boleh kadi syirik sehingga malah disukai syaitan. Kalau dengan metode itu ada pesakit yang sembuh, hilang rasa sakitnya, menjadi punya kelebihan , perkara itu kerana dibantu oleh syaitan dan jin. Orang yang diserang sihir dan kemasukan jinpun boleh jadi seakan sembuh dengan metode ini, kerana jin yang membuat sakit pura-pura pergi atau sudah ada kerjasama dengan jinnnya si dukun agar pesakit boleh menjadi sesat.

Kesalahan dalam meruqyah yang menghasilkan kesyirikan ini tidak dapat dianggap masalah kecil. Kesyirikan merupakan sebuah kezaliman yang paling besar.
                                               إِنَّ الشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٌ
“sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (Luqman : 13)

Rasullulah SAW bersabda:

“Inginkah kamu semua kuberitahu tentang dosa besar yang paling besar? Iaitu mempersekutukan Allah…..”



B.     RUQYAH SYAR’IYAH
Namun dalam beberapa riwayat menjelaskan bila Rasulullah SAW pernah membiarkan sahabat-sahabat  yang meruqyah kerana di dalam ruqyahnya tidak terdapat unsur-unsur baik perkataan mahupun amalan yang syirik.

Hadis dari ‘Auf bin Malik Al Asyja’i -radhiallahu ‘anhu-, ia berkata: ”Kami dahulu menggunakan ruqyah pada masa jahiliyah, lalu kami tanyakan hal tersebut kepada Nabi SAW, ”Wahai Rasulullah, bagaimana menurut pendapatmu tentang ruqyah itu?” Baginda menjawab:

اِعْرِضُوْا عَلَيَّ رِقَاكُمْ لاَ بَأْسَ بِالُّرقَى مَا لَمْ یَكُنْ فِیْھِ شِرْكٌ

”Bacakanlah kepadaku ruqyah-ruqyah kamu, tidak mengapa menggunakan ruqyah selama tidak mengandung kesyirikan”. (HR Muslim)

Disamping itu kita meyakini bahawa Al Quran adalah mukjizat Allah kepada umat manusia yang di dalamnya terkandung banyak fungsi, salah satunya adalah ubat untu orang beriman.


وَنُنَزِّلُ مِنَ الۡقُرۡآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحۡمَةٌ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارً

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua”. (Surah Al-Israk : 82)
Dengan demikian umat Islam wajib mengimani bahawa ayat-ayat Al Quran boleh dijadikan ubat untuk bermacam penyakit fisik mahupun non fisik manusia. Rasulullah SAW juga selalu mengajarkan doa-doa yang boleh diamalkan sehari-hari untuk menghindari dan melawan serangan-serangan makhluk Allah, baik manusia, binatang, jin dan sebagainya.

Al Hafizh Ibnu Hajar -ra- menjelaskan: ”Para ulama telah berijma’ (bersepakat) akan bolehnya menggunakan ruqyah (dalam pengubatan) denganterpenuhinya tiga syarat:                                                                                    
1.      Ruqyah tersebut dengan menggunakan Kalamullah (ayat-ayat Al Quran), atau nama-nama dan sifat Allah Azza wa Jalla.
2.      Ruqyah tersebut harus diucapkan dalam bahasa Arab atau (boleh dengan – Pen) bahasa selain Arab yang dibaca dengan jelas dan difahami maknanya.
3.      Wajib diyakini, bahawa yang memberikan kesembuhan bukanlah ruqyah dengan sendirinya, tetapi yang member pertolongan dan kesembuhan adalah izin dan kekuasaan Allah Azza wa Jalla.